Pelaporan Kemalangan

SOALAN LAZIM PENGGUNAAN SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN (SPKem)

S1.   Bagaimana untuk log masuk dalam SPKem?
J1.   Hanya Pegawai Insiden yang telah didaftarkan boleh log masuk dalam sistem menggunakan ID dan kata laluan  seperti yang digunakan dalam Ewarga.

S2.   Saya adalah Pegawai Insiden, kenapa masik tidak boleh log masuk?
J2.   Kemungkinan anda belum didaftarkan dalam SPKem ataupun telah tamat tempoh pelantikan sebagai Pegawai  Insiden. Sila hubungi talian 03-8921 4350 (En. Mohamad Zakie Mohd Noor) / 03-8921 3329 (Pn. Suzana Abu  Bakar) untuk didaftarkan dalam SPKem.

S3.   Saya telah mengalami kemalangan dan cuba untuk melaporkan dalam SPKem menggunakan ID dan  kata laluan seperti yang digunakan dalam Ewarga tetapi masih tak boleh log masuk?
J3.   Semua kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan perlu dimaklumkan kepada Pegawai  Insiden untuk didaftarkan dalam SPKem.

S4.   Saya adalah Pengawal Keselamatan, ingin membuat laporan kemalangan jalan raya, tetapi tidak boleh  log masuk?
J4.   Hanya pentadbir di Bahagian Keselamatan yang didaftar sahaja boleh membuat pelaporan kemalangan jalan  raya.

S5.   Saya sedang mengisi maklumat kemalangan, semasa saya klik butang Kemas, skrin paparan kembali  kepada skrin log masuk?
J5.   SPKem menerapkan elemen sekuriti, sekiranya anda tidak mengemaskini pada ruangan yang dipaparkan dalam  tempoh yang lama, SPKem akan log keluar secara automatik.

S6.   Sebagai Pegawai Insiden, bolehkah saya melihat laporan kemalangan yang dibuat oleh Pegawai  Insiden lain?
J6.   Tidak. Pegawai Insiden hanya boleh melihat laporan kemalangan yang anda laporkan sahaja.